Selasa, 19 Oktober 2010

Tip pilih haruman yang sesuai.

1.Tiga haruman sahaja.
Bagi memastikan wangian selamat dinasihatkan supaya menghadkan kepada
3 jenis haruman sahaja setiapkali mencuba pewangi.Ini penting bagi mengelak terjadinya kelemahan ransangan apabila menghidu berkali-kali hingga akhirnya memilih pewangi yang salah untuk 'bergaya' di pagi raya.

2.Sembur minyak wangi dikepingan kertas.
Jangan sembur minyak wangi yang digemari dipergelangan tangan anda sebaliknya semburlah di kepingan-kepingan kertas khas yang disediakan sebelum menghidunya.Jauhkan dari menyembuh kertas berdakwat yang mungkin boleh mengubah wangian tersebut.

3.Biarkan seketika.
Selepas membuat semburan,sebaiknyan tunggu beberapa saat bagi mengelak
bau alkohol yang pertama.Ia bertujuan untuk mengelak kekeliruan antara haruman yang digemari dengan haruman yang kurang digemari.Jadi,usah tersalah pilih!.

4.Elak menggosok.
Apabila menyembur haruman pada tangan,biasanya kita akan mengosok-gosoknya dengan kedua pergelangan tangan.Sebenarnya teknik tersebut kurang sesuai diperaktikkan kerana jika ia dilakukan serta merta dikuatiri bau yang pelik akan timbul sekali gus mengubah wangian asal pewangi berkenaan.

5.Peruntukan masa.
Luangkan lebih masa untuk menikmati haruman pewangi yang anda gemari.Seeloknya biarkan lima hingga sepuluh minit untuk menghidu wangian dari bahagian atas.Cara ini,anda pasti tidak salah memilih minyak wangi lagi.Jadi bergembiralah dengan wangian yang anda pilih.

dipetik dari mingguan wanita september 2010.