Khamis, 13 Disember 2012

kurung Peplum & kurung moden



Kurung peplum & kurung moden


Assalammualaikum.....semua.
Dah lama tak update blog ni.Bukan tak de cerita nak di khabarkan,tp sibuk dengan tempahan yang ada.Nasib baik ada Cik Sue dapat lah Cik Mar selasaikan masaalah.

Ha, inilah hasilnye.Kurung peplum & kurung moden.

Kalau ada sesape yg berminat nak menempah bolehlah email ke : marlanz_sk@yahoo.com.my

ataupun boleh melawat ke fb Cik Mar http://www.facebook.com/#!/marlanz.marlanz

Kalau yg jauh tu boleh pos pun tak pe.

Ok lah Cik Mar pun dah ngantok ni.

Selamat malam.

Wassalam...............

Tiada manusia tanpa peminat

Tiada manusia tanpa peminat
 
Siapa pun kita, bagaimana pun rupa kita, apa pun kedudukan kita, kita pasti ada peminatnya. Tak usahkan kita yang memang okey, si perompak yang berwajah buruk dan ternyata jahat itu pun ada peminatnya.
Malah si perompak ini ada peminat-peminatnya yang sangat fanatik. Bukan dia tidak tahu susahnya bekerja seperti itu, dia tetap taat pada ketuanya. Kadang kadang oleh kesalahan yang kecil, hukuman diberikan, namun dia tetap setia. Apa maknanya itu semua? Maknanya, kalau dah minat memang susah.
Tiada hujah yang dapat merubah. Itu juga bermakna kalau sudah minat bukan kisah siapa yang diminati. Banyak terjadi gadis kampung tiba-tiba dipinang oleh jejaka dari jauh, bukan sahaja hensem tetapi juga kaya. Apa istimewanya?
Kita tengok tiada apa-apa yang luar biasa, malah ada ramai lagi yang lebih hebat dan cantik dari gadis itu di kampungnya. Oleh itu berhati-hatilah. Usah anggap diri anda tiada istimewanya lantas tiada sesiapa meminati.
Kes rogol bukan hanya terjadi ke atas gadis yang cantik, malah nenek yang telah kerepot pun boleh dirogol. Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis amat membimbangkan iaitu 1,097 sepanjang 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini bermakna seramai 691 orang masih gagal ditemui dengan sebahagian besar daripadanya kerana lari mengikut kekasih.
Tidak terkecuali diculik oleh secret admirer yang tidak pernah diduga. Usah ingat hanya wanita sahaja yang diculik oleh peminatpeminat gelap mereka malah lelaki juga.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan daripada keseluruhan orang hilang pada tahun 2011 itu, 371 adalah lelaki. Jumlah tertinggi orang yang masih hilang adalah anak gadis berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Sama ada kehilangan itu berpunca dari menghilangkan diri kerana mengikut kekasih atau dihilangkan oleh kekasih, atau diculik oleh orang yang meminati, itu semua membuktikan setiap manusia ada peminat-peminat mereka yang tersendiri.
Sedar atau tidak peminat-peminat ini adalah terdiri daripada mereka yang pernah dikenali oleh mangsa, atau sekurangkurangnya pernah memperkenalkan diri untuk berkenalan, bermakna pernah muncul di depan mata tetapi apabila tidak mendapat respons, maka bertindaklah yang bukan- bukan.
Ada keistimewaan
Usah sangka peminat-peminat anda hanya manusia yang boleh dilihat dengan mata, sebahagian daripada mereka adalah makhluk yang tidak kelihatan di alam nyata. Misalnya, seorang gadis di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bahru, meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh, api misteri tetap mengganggunya.
Ia mungkin bermaksud gangguan tetapi mungkin juga bermaksud ‘minat’. Tentu ada sesuatu yang istimewa hingga hanya keluarga ini yang ‘diganggu’ dan orang lain tidak. Malah, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik ketika Menteri Besar Kelantan sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.
Dalam hidup ini, kita kena akui bukan semua yang meminati kita berniat baik ataupun orang baik, kadang-kadang merekalah punca hidup kami bergelumang dengan dosa.
Seorang kekasih gila seks misalnya akan menjadikan orang yang diminatinya itu berdosa besar kerana akhirnya melakukan seks haram setelah tenggelam diminati.
Demikian juga makhluk-makhluk ghaib yang meminati kita tanpa kita sedari, tentunya mereka juga ada agenda yang tidak kita ketahui.
Andainya anda masih menyangka tiada sesiapa meminati anda, mahupun pedulikan anda, ketahuilah Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah- Nya kepada sesiapa yang mencintai-Nya.
Sedangkan orang yang ingkar sentiasa mendapat nikmat dan rahmat, inikan kita yang sentiasa memperhambakan diri kepada-Nya, pasti tidak terkecuali. Cuma, terkadang cara Allah mengasihi kita dengan diberinya kita ujian hingga kita menyangka Allah tidak pedulikan kita lagi.
Gambar Hiasan
 
Hakikatnya, tiada manusia bebas dari hembusan rahmat Allah dan perhatian manusia. Oleh itu, tatkala anda berasa sunyi keseorangan ketahuilah ada yang sedang memerhati anda. Oleh itu, hargailah diri anda sentiasa dengan iman yang sesungguhnya...

Azian mencari hati untuk Qaseh



Azian mencari hati untuk Qaseh

Senyuman yang terukir di bibir mungil anak kecil seusia tiga tahun itu semakin pudar dan hambar. Dadanya berombak kencang seperti usai membuat larian pecut 100 meter. Qaseh menarik nafas dalam-dalam, tidak lama kemudian dia meronta kegatalan
“Garu kuat sikit mama. Qaseh tak rasa apa pun…” jeritnya di pagi yang hening. Azian Abdul Rahman, 39 tidak dapat menahan sabar. Sudah berjam-jam anak bongsunya itu merengek minta digaru pada bahagian-bahagian tubuh yang gatal dengan menggunakan belakang sikat.
Sungguh, dia tidak lagi mampu untuk menunaikan permintaan anaknya itu. Bimbang kulit nipisnya itu akan semakin parah dan terluka.
“Sabar Qaseh, mama dah garu kuat-kuat. Tak boleh kuat lagi, nanti Qaseh luka,” hatinya walang, air matanya mengalir perlahan. Tidak sanggup dia membiarkan emosi sebegitu menguasai diri. Apatah lagi, selama berhadapan dengan penyakit anak bongsunya itu, dia sebolehnya bersikap tabah dan tidak berputus asa.
“Qaseh gatal mama…” Ronta Siti Nur Qaseh semakin kuat. Azian memerhatikan bekas luka pembedahan pada perut anaknya itu. Hampir 15 cm panjangnya, hatinya pilu. Perut yang dahulunya rata semakin membuncit bak mangsa kebuluran di Afrika.
Warna kulit anaknya juga semakin kuning dan pucat. Azian tahu, dirinya perlu segera mencari penderma hati untuk anak kesayangannya itu. Tapi bagaimana? Dia semakin buntu.
Badan gatal-gatal
Lewat September lalu, si kecil Qaseh masih sihat dan mampu bermain dengan riang. Dua bulan selepas itu, penyakit Biliary Atresia yang berkaitan dengan hati menyerangnya kembali. Rentetan daripada itu, si kecil ini semakin kerap keluar masuk wad.
Badannya menjadi gatal-gatal, kulitnya mula menguning akibat fungsi hati yang semakin parah dan perutnya jadi membuncit. Kata doktor, penyakitnya itu tiada ubat melainkan ada penderma hati yang sanggup memberikan sebahagian hatinya kepada anak kecil itu.
“Saya tahu amat mustahil untuk saya mendapatkan penderma hati anak saya dalam masa terdekat ini. Teman senasib anak saya pun memerlukan masa berbulanbulan untuk menunggu. Tapi siapa tahu rezeki Qaseh baik dan ada insan bermurah hati di luar sana yang mahu menderma.
“Seandainya sudah tiba masanya dan tiada juga penderma, saya sanggup mendermakan hati saya untuknya. Sebab itulah saya perlu menjalani beberapa perkara termasuk menjaga kesihatan dengan baik. Lagi pula, penderma hati ini kena sihat tubuh badan dan tak boleh ada penyakit,” ujarnya yang sentiasa positif setiap kali berhadapan dengan keadaan anaknya itu.
Demam kuning berlarutan
Mengimbas tentang penyakit anaknya itu, Azian memaklumkan Qaseh lahir secara normal dan tidak berhadapan masalah. Sampailah seminggu selepas pulang dari hospital anaknya mengalami demam kuning dan ia berlarutan sehingga usianya 40 hari. Setelah diperiksa anaknya disahkan mengalami masalah hati.
Pada hari ke 50, Qaseh menjalani satu pembedahan. Ketika itu, anak sulungnya, Mohd Haziq Syawal, 19, mengambil alih tugas menjaga adiknya apabila dia perlu pulang untuk mengambil barang atau melihat anak keduanya, Siti Nur Balqis.
“Alhamdulillah selepas pembedahan tubuh Qaseh semakin pulih. Cuma antibodinya tidak kuat. Jangan ada yang demam, sebab dia akan berjangkit sama. Pemakanannya pun perlu dijaga. Sebolehnya saya cuba berikan makanan rebus. Sekali kala sahaja berikan makanan berlemak seperti santan.
“Qaseh juga tak boleh aktif sebab dia cepat penat dan mudah batuk. Tumbesarannya juga terbantut. Berat badannya tak sama seperti anakanak sebaya dia. Kadang kala saya sedih tengok keadaan dia, tapi saya cepat cepat tepis fikiran negatif itu.
“Saya tak mahu fi kir yang bukan-bukan. Saya percaya Qaseh ada peluang untuk hidup dengan baik walaupun doktor beritahu dia cuma boleh hidup sampai umur 15 tahun sahaja,” ceritanya lanjut.
Tapi tiada siapa menduga, selepas beberapa bulan Qaseh mula menunjukkan tahap kesihatan yang semakin merosot. Sememangnya Azian seorang ibu yang cukup tabah. Walaupun diduga dengan keadaan anak yang sakit, dirinya masih kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum.
Melihat sifat cerianya itu, pasti tiada siapa yang dapat menebak dirinya sedang berhadapan dengan masalah yang cukup berat.
“Tatkala sedih saya tak tunjuk depan anakanak. Tapi bila saya sendirian, saya akan menangis sepuaspuasnya. Saya terfi kir juga hendak hantar Qaseh ke tadika dekat rumah saya ini tahun depan. Tapi bila dah jadi macam ini, terpaksalah saya tangguhkan hasrat itu,” katanya menutup bicara.
 


Pilihan Makanan Sihat Ketika Musim Hujan
Musim hujan dan sejuk membuatkan tubuh memerlukan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk membuat tubuh kekal segar meski pada suhu yang sejuk. Jenis makanan berikut boleh dijadikan pilihan.
Epal
Memang rugi bagi yang tidak gemar menikmati buah ini. Buah yang sering dijadikan sebagai isi pai ini kaya dengan antioksidan dan juga vitamin C yang bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Ubi keledek
Satu lagi makanan yang seharusnya ada di dalam stok simpanan barangan dapur anda. Ubi keledek mengandungi vitamin A yang akan memberikan manfaat untuk kulit sihat dan mulus. Selain itu, ubi keledek juga mampu menjadi penambah sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin menurun.
Labu kuning
Sayuran yang satu ini mengandungi banyak vitamin A. Sup labu hangat akan menjadikan musim-musim sejuk ini menyenangkan anda.
Tomato
Sup tomato yang hangat boleh menjadi pilihan yang sesuai. Selain dijadikan masker untuk kekalkan kulit wajah yang cantik, buah tomato ini membantu mengurangi risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan seperti likopen yang banyak di dalamnya.
Brussels sprout
Sayuran ini dapat membantu me ningkat kan kekebalan tubuh dengan baik. Selain itu, jenis sayuran ini mengandungi zat besi, kalium dan juga vitamin K yang baik untuk tulang.
Buah berangan
Jenis kekacang berwarna coklat ini akan membantu memelihara kulit agar kelihatan muda dan berseri. Kacang yang kaya dengan serat ini membantu tubuh mengekalkan tenaga.
Buah delima
Ia membantu kulit agar kelihatan tetap sihat dan juga bermaya melalui kandungan nutrisi yang baik di dalamnya terutamanya antioksidan.
Lobak hijau
Lobak hijau mengandungi vitamin K, A dan juga vitamin C. Selain kaya dengan vitamin, lobak hijau juga kaya dengan serat.
Pir
Buah pir mengandungi banyak vitamin C yang bermanfaat dalam mengekalkan imunisasi tubuh.