Selasa, 19 Oktober 2010

Tip pilih haruman yang sesuai.

1.Tiga haruman sahaja.
Bagi memastikan wangian selamat dinasihatkan supaya menghadkan kepada
3 jenis haruman sahaja setiapkali mencuba pewangi.Ini penting bagi mengelak terjadinya kelemahan ransangan apabila menghidu berkali-kali hingga akhirnya memilih pewangi yang salah untuk 'bergaya' di pagi raya.

2.Sembur minyak wangi dikepingan kertas.
Jangan sembur minyak wangi yang digemari dipergelangan tangan anda sebaliknya semburlah di kepingan-kepingan kertas khas yang disediakan sebelum menghidunya.Jauhkan dari menyembuh kertas berdakwat yang mungkin boleh mengubah wangian tersebut.

3.Biarkan seketika.
Selepas membuat semburan,sebaiknyan tunggu beberapa saat bagi mengelak
bau alkohol yang pertama.Ia bertujuan untuk mengelak kekeliruan antara haruman yang digemari dengan haruman yang kurang digemari.Jadi,usah tersalah pilih!.

4.Elak menggosok.
Apabila menyembur haruman pada tangan,biasanya kita akan mengosok-gosoknya dengan kedua pergelangan tangan.Sebenarnya teknik tersebut kurang sesuai diperaktikkan kerana jika ia dilakukan serta merta dikuatiri bau yang pelik akan timbul sekali gus mengubah wangian asal pewangi berkenaan.

5.Peruntukan masa.
Luangkan lebih masa untuk menikmati haruman pewangi yang anda gemari.Seeloknya biarkan lima hingga sepuluh minit untuk menghidu wangian dari bahagian atas.Cara ini,anda pasti tidak salah memilih minyak wangi lagi.Jadi bergembiralah dengan wangian yang anda pilih.

dipetik dari mingguan wanita september 2010.

Khamis, 30 September 2010




Eid 2010

Inilah wajah2 ceria di pagi Aidilfitri pada tahun ini.Kalau tahun lepas bertiga Aidilfitri tahun ini berempat.
Bila Aidilfitri menjelma aku sering teringatkan arwah abah( AL-Fatihah ).Apa tidaknya setiap kali Aidilfitri menjelma dialah antara orang yang paling sibuk sekali tolong mak kat dapur.Antara juadah yang paling aku minat sekali ialah 'LEPAT' yang abah buat tiada tandingan sedapnyer.Sampaikan saudaramara yang mengunjugi kerumah kami,mesti mahukan juadah lepat buatan Abah .
Tapi kini, masa terlalu pantas berlalu.Abah sudah pergi buat selamanyer.Tiada lagi 'LEPAT' buatan Abah.
Walaupun begitu masih ada yang menurun kehebatan Abah membuat lepat.Mujurlah kedua2 adik lelaki ku boleh membuat lepat,kalau tak macam tak raya aje kami.Almaklum ajelah
'LEPAT' tu adalah makanan kegemaran kami sekeluarga.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Akim tak leh jalan...........

Kesian akim lum baik demam dah kena sakit gatal2 pulak.satu hari jd RAJA,pegi bilik air pun mintak dukung.Katanye " Ibu akim tak leh Jalan ".
Kalau tak dialah heronye.....melompat sana melompat sini.Abang dia pun tak de mood nak main,sebab tak geng.
Ibu doakan mudah2an Akim cepat semboh dari penyakit nyer .AMIN.